Tuesday 10 March 2015

SELAMAT TINGGAL AYAH

          Hi, Assalamualaikum. Hello. Ni hao. Annyeong. hah! apalagi aku pun tak tahu. Kini sudah setahun aku tak update blog right? well, my last update was 25/10/2013. Seperti yang awak semua tahu, 25/10/1997 merupakan tarikh aku dilahirkan ke muka bumi. Alhamdulillah. sekarang sudah genap 17 tahun.

    For now, I had started a new life. I've lost my father when I was 17. He passed away on 25/10/2014. Ya! Genap aku 17 tahun, aku kehilangan seorang ayah. Aku menjadi seorang anak yatim tanpa tanda.

Arwah ayah bernama, Nordin Bin Yusuff. Arwah ayah seorang yang sangat garang tetapi penyayang. Dia tak pernah biarkan anak dia lapar. Tiap-tiap hari ada sahaja yang hendak dia belikan kami makanan. Pagi, tengahari, petang, malam. Mulut duk mengunyah. Tetapi, kami semua tak ada masalah berat badan. Even sekarang berat badan aku 37 kg. adik-adik aku yang lain hanya 39 dan 40 kg sahaja. Mungkin metabolisma tinggi kata orang.

   Mak pernah cakap, dulu arwah ayah selalu bagi makan kat kitaorang masa kecik-kecik ikut mulut. tahu tak macammana? Arwah ayah kunyah dulu makanan dalam mulut dia, kemudian, kami semua ibarat zombi kelaparan pergilah kat dia. Arwah ayah pun cakap "Lapar ye. nah makan makan" sambil keluarkan makanan dari mulut dia. dan itu tidak jijik. tetapi kasih sayang. Terima Kasih ayah.

Masa kakak (aku gelarkan diri aku kakak) Form 5, ayah selalu hantar dan ambil kakak. Kakak selalu tak puas hati dengan ayah. Kadang-kadang kakak ni memang kerja menyakitkan hati ayah. Masa ayah nak balik kelantan, kakak tak salam ayah pun. Bukan apa, sebab selalunya ayah pergi dan balik elok-elok sahaja. Tetapi pada 25/10/2015 pada pukul 3 macamtu, Allah lebih sayangkan ayah. Allah ambil ayah balik ke sisinya.

Arwah ayah terlibat kemalangan dengan lori. Menurut kawan-kawan terdekat aku, ada ayah mereka menerima gambar arwah ayah sekali dengan motor tanya arwah ayah dari kumpulan motor mana. Maklumlah, biasanya orang yang ada superbike ni ada kumpulan. Tapi arwah ayah tak. Dia beli motor saja-saja. Suka-suka. Dia teringin nak motor besar. Dulu adalah motor besar tapi dia jual sebab nak buat hantaran kat Mak. nak bernikah punya pasal. Arwah ayah dulu bukan orang senang. Tetapi sekarang, Alhamdulillah. Semua yang kami ada, rasanya lebih dari cukup.

Kehilangan ayah seminggu sebelum SPM benar-benar mengejutkan aku. Even adik-adik aku pun kata, dulu dia berani, tapi lepas ayah meninggal, dia kata semangat dia seolah-olah pergi dengan ayah. Dia jadi takut. Dan aku sendiri akui. Kehidupan kini sangat berbeza tanpa seorang ayah.

Tapi mak cekal. Nawwarah dan Natasha kini tinggal di Kelantan dengan atuk dan dijaga oleh Mak saudara. Kini di Perak. Hanya ada aku, adik aku yang last dan mak. Baju yang selalu arwah ayah guna untuk ke Masjid masih tergantung rapi di ruang tamu. Walaupun dia dah tak ada, tapi rasanya dia masih dekat dengan kita.

Pada tahun Lepas bulan 6, arwah ayah bawa kami bercuti ke Labuan sempena hari jadi Nawwarah. Natasha dapat sambut hari jadi. Maisara pun sama. Mak pun arwah ayah beli kek dan belanja makan. Tetapi aku? Aku hanya simpan mesej yang dia hantar pada 25/10/2013 iaitu "Selamat Hari Jadi Kakak" berserta dengan gambar kek.

Aku tak berkesempatan menerima ucapan Selamat hari Jadi daripada masa masa aku berumur 17. Kadang-kadang aku terfikir, adakah aku seorang anak yang derhaka maka Allah tidak mengizinkan arwah ayah untuk memberikan kata-kata terakhir untuk aku. Tetapi mak cakap "Arwah ayah, dah lama maafkan anak-anak dia. Dia dah redha dengan anak-anak dia. Dan kamu semua sebagai seorang anak. Ayah dah tak ada apa-apa sekarang. Ayah hanya harapkan doa korang, sedekahkanlah Al-Fatihah, Yasin dan rajin-rajinkanlah baca Al-Quran. Banyakkan bersedekah. Apa yang arwah ayah bawa ke kubur hanyalah amal ibadah, sedekah, ilmu yang diajar dan juga anak yang soleh"

Sekarang waktu hampir menginjak pukul 1. Aku pun ada latihan motor esok. Sekarang aku sedang dalam proses mengambil lesen "P" untuk kereta dan motor. Insya-Allah, bila ada masa, aku akan menceritakan saat-saat hari kebumi arwah ayah. Insya-Allah.

Pesan aku : Hargai orang tua korang. Sebenci-benci mana korang terhadap mereka, tak minta banyak, tapi ingatla akan kebaikan yang mereka buat. Mana ada ibu bapa yang tidak sayangkan anak mereka. Jangan membuat sesuatu yang membuatkan anda menyesal seumur hidup anda.

AYAH! Tunggulah kami keluargamu di Pintu syurga. Ayah sudahpun meninggalkan dunia ini. Kakak rindu ayah. sangat sangat. :'( kakak tak pernah benci ayah sikit pun. Kakak bangga ada ayah macam ayah. Kakak rindu senyuman ayah. kakak rindu usikan ayah. Kami semua redha dengan pemergiaan ayah. Ayah tenanglah. Please wait for us. We will always love you.
Esok ada hari lagi. Kalau boleh datang lah lagi

Sunday 3 November 2013

25/10/2013

   Oh hey hey hey~! Hana's backkk~ back sekejap je punn! Tengah demam exam. Parah sangat dah ni demamnya. tak de ubat ke? hmm. abaikan. btw, maksud tersurat dan tersirat disebalik 25/10 itu ialah, tarikh saya dilahirkan ke muka bumi ini. Oh ibu! Trimas kerana sudi melahirkan saya..!

    Pada tarikh itu juga, asrama telah mengadakan majlis hari jadi bagi sesiapa pelajar asrama yg dilahirkan pada bulan Sep-Dec. Ohhhh~


    Kau nampak muka Pengetua aku tu? hahaha. omey an dia? mcm saya.. xD Perasan. Tapi seyes tau, pengetua aku ni, baik. Disiplin dia kuat. Part paling aku suka kalau dia duk bagi ucapan kat tapak perhimpunan. Memang aku tak tidur. Tambah-2 lagi PK HEM. syok gila wa cakap sama lu. bagi org lain maybe bosan kut, sebab ulang benda same jek. disiplin disiplin n disiplin. Tapi bagi aku. Ntah. mcm happy jek? Maybe sebab aku pelajar baik kut. Puih.


Comel kan kami kan kan? Perasan gila~ kay aku tahu. Masa nak habis dinner dah. Masa ni kitaorang sambut Birthday. Aku pakai sempoi je. yg lain dgn peplumnya, shawl-nya, make-up nye. aku ni, pakai baju kurung biasa dgn pashmina je. itupun habis lilit sampai tercekik-2 tengkuk ni haa.. Make-up pun x pakai. maklumlah. x minat. hahahaha. penipu besar gila. Kalau ikutkan aku x nak pakai make up pun, setakat tempek-2 bedak carrie junior kat muka pun aku dah rasa cun.

Tapi sebelum aku g Dinner tu, hajat di hati nak g jumpa adik aku ni haa kat dorm dia, DORM ORKID. Aku dorm Lily. tapi x sangka lak, masuk-2 je 'Kak Hana, tolong org letak celak ni.' pastu ade mintak tolong pakaikan tudung dia la, mnta aku pakaikan maskara. tak pasal-2 jadi mak andam tak berbayar, sambil aku pakaikan celak kat deme-2 tu, aku pun teringin nak pakai gak. ade jugak aku selit sikit kat mata aku. hahahaha.


 Heee.. Aku tau la aku la x brape nak comei kat situ. Dua org tu da la putih. untung lerr.. Lynn dan Yeen


With my sister Nawwarah . And my Warden at Hostel Cikgu Azhar. Warden ni la paling supporting. Sayang ah cikgu. hahahaha..

Budak-2 je ni. hahaha. Okay. Aku pendek. Tapi pendek tu comel tau. yang kata x comei tu, hangpa jeles. xD Syara , Faten , Eisya

Dengan Syikin Budak bekas Dorm aku. Skrang duk dorm Orkid. Tak penting kut. Oh masa ni tired gilaa.

Nahh~ Kali ni ditambah pula dgn Nylia . Ye la. Aku memang kawan dgn budak pun. Tak main kawan dgn org tua-tua ni. 


Tu Cikgu Khairosliza. Dia ajar HOKI. Dia pun warden asrama aku gak.

Peace! Ni Faten . Dia ni gila-2. sape-2 je dekat ngn dia, memey happy sokmo. bak kate org kelantan. tapi memang pun. aku pun kadang-2 memang sakit perut gak layan minah ni. 

Kau tahu tak sampai nangis-2 aku pegang belon ni. dah la aku takut belon. nasib baik menjadi gambo ni., dapat jugak aku merasa pegang belon. secara jujur. aku memang takut belon. kadang-2 budak dorm aku menyakat aku. bawak belon masuk dorm, pastu kejar aku. hampehh~

Ni gambar je kay. tak de kena-mengena yang hidup ataupun yang sudah mati. skandal pun bukan. balak pun bukan. Just acquaintance okay~

Kay~ Abaikan gambar ni.. hahaha.. aku tau la budak tu comei.~ macam Barbie bak kata orang ramai. 

sengal tau pic ni. nampak mcm innocent gitu. hahahah


Dah la. Cukup-2 la tu. Yang ni pun kome jangan nak fikir lain. Budak lagi ni. Aku tak ingat dia form bape. tak penting pun nak ingat. Tapi nama budak ni Baqir . hah. dia lagi muda dari aku.

Kesimpulan yang awak-awak semua dapat, saya ni memang suka berkawan dgn budak berbanding org dewasa atau sebaya saya. sebab apa? sebab saya sendiri pun tak tahu.

Itu je la kut. Nak story panjang-2 kan hangpa menguap depan laptop. Tu je la kut. Jumpa lepas Exam.. Assalamualaikum. ^_^~
Esok ada hari lagi. Kalau boleh datang lah lagi

Wednesday 1 May 2013

My Day

       Assalamualaikum..! apa khabar semua! lama tak nampak? main hide and seek ke? ahaha! kay gurau. Sumpah aku tersangatlah tension sampai kalau korang menengok muka aku ni, rasa nak bagi high kick je. Double lagi tu. Dah lah aku tak faham Sejarah, Fizik and Biologi. giler! bila aku masuk kelas fizik je, automatik 15 minit selepas itu, mata aku berat giler. walaupun cikgu suka sangat buat lawak bodoh dia tu, tetapi, sesungguhnya, satu apa pun aku tak faham.

         Ahh! tadi aku buat .....................


Kau nampak tak tu? haru giler aku tgk ! dengan exam yang bakal berlangsung minggu depan. hari Ahad ni cuti sebab mengundi! tak banyak masa dah ni! wahh! aku rasa mcm, hmmm! eh eh! kau jangan ingat jadi budak sains ni senang. tension giler. sampai menonggeng je kerja kalau dah blank sesuatu subjek tu.

        Jujur gila aku cakap, mula-mula tu memang bangga tak terkata masuk kelas Sains. ye la, Bio, fizik n kimia memey subjek favourite aku.. mula mula memang senang. tapi lama-lama. aku rasa dah membiak dengan segar uban atas kepala aku ni haaa sebab terlalu banyak berfikir. dengan tension tahap budu cap ayam.

        Subjek killer ialah add math! huihh.. aku tengok soalan 1+1=2 pun dah pening. apatah lagi 2x + 6y - 4 = 0 .. ewahh! korang jangan cuba cari jawapan dia pulak. tu aku main bantai je soalannya. aku ni bukannya pemeriksa kertas add math sampai boleh buat soalan sendiri sgla bagai. aku pantang giler tengok number. tak tahulah kenapa. Mak aku ni urus2 duit, al-maklumlah, dia tu kan pembantu kewangan. Tapi, yang aku heran nye, pehal aku allergic giler tengok number. TETAPI, yang lebih menghairankan 1+1=Kiyomi. reti pulak aku faham! HAHAHA!  tak allergic pun.

     
       Disebabkan aku tension buat Kimia tadi, so ape lagi, aku pun ambik kunci motor then aku merewang satu Pasir Mas. walaupun aku x gi mana pun., Just pergi KFC n lepak CC je. Update blog. hidup sebagai pelajar sngtlah membosankan. Rasa nak kahwin jee. hahaha. gatal!

     

Jeng jeng jeng! Kejadian ini berlaku semalam. 30/4/2013. sambutan hari Kokurikulum di sekolah baru aku. 4 tahun sekali tu! huyoo! memey meriah laaa. nahh! Kalau korang nak tahu, aku berniaga masa hari koko (kokurikulum)  ni tau! aku berniaga laksa kelantan, penang and Siam. so, pagi-pagi tu cikgu dah angkut aku pergi amik kuah laksa kelantan, penang and siam. aku ingat pergi angkut2 macamtu je. Rupa-rupanya, aku kene memotong sayur pula.. waduh! dah ah aku ni jarang masuk dapur. kalau aku masuk pun, stkat aku tgk lauk ape je kat dapur. Nasib baik aku ade ajak sorang kawan aku ni, Ainul untuk teman aku amik kuah laksa. Apa lagi, aku pun balun la si Ainul tu tolong aku memotong sayur. memang pedih giler mata bila part aku kene potong bawang putih and cili. Ya Allah. dah lah kene potong halus2. nasib x meleleh je air mata. Kalau tak, memang nasib ah kepada orang yang bakal makan laksa nun haaa..

Kau orang bayangkan aku potong sayur2 tu depan orang tua-tua. "Masak" telinga aku dengar mak cik tu duk kompelin cara aku potong sayur. dari tang tu la, dia kata aku kekok potong sayur la. ape la. tapi tak pe! aku buat pekak jee. cikgu pun tolong potong! lega la walaupun cikgu un cakap aku ni kekok potong sayur. sumpah rasa nak nangis je. aku baru form 4 tauukk! Mana lah reti potong sayur ni. Kalau potong kepala orang, lepaslah kut! hahaha

tapi aku x lah snap time duk ptong sayur nun haa.. kang nampak bajet jee. 


Tu bukan kereta aku okay! Tu kereta orang yang buah kuah laksa nun laaa.. masa ni dah siap n tengah angkut barang2 masuk kereta cikgu. saje posing2 dulu. sakai jee. dah siap-siap kemas barang semua tu. Kami pun gerak pergi sekolah. haloohh laaa. lewat pulak tu. hmm!


Muka-muka pelanggan yang gembira! hahaha. gembira ke? Gembira la kut. 



Kawan-kawan saya.. Yang pakai baju putih tu Habibah. Yang pink itu pula. Haidar. Budak pandai2 belaka ni. Tak terlawan aku! huhuhu..

Hmm! Cukuplah story kali ini! Korang doakan aku berjaya untuk exam okay? Insya-Allah! aku bukan x de story nak cerita. banyak giler nak story ni. tapi iyo laa.. masa dah tinggal 10 minit lagi. nak kene log out! bubyee! see you later.. Assalamualaikum.. !! ^_^


Gambar classmates kita! cuba cari mana satu kita? aloo! yang comel2 tu kita laa.. hahaha. k bye.. :P


Esok ada hari lagi. Kalau boleh datang lah lagi