Tuesday 10 March 2015

SELAMAT TINGGAL AYAH

          Hi, Assalamualaikum. Hello. Ni hao. Annyeong. hah! apalagi aku pun tak tahu. Kini sudah setahun aku tak update blog right? well, my last update was 25/10/2013. Seperti yang awak semua tahu, 25/10/1997 merupakan tarikh aku dilahirkan ke muka bumi. Alhamdulillah. sekarang sudah genap 17 tahun.

    For now, I had started a new life. I've lost my father when I was 17. He passed away on 25/10/2014. Ya! Genap aku 17 tahun, aku kehilangan seorang ayah. Aku menjadi seorang anak yatim tanpa tanda.

Arwah ayah bernama, Nordin Bin Yusuff. Arwah ayah seorang yang sangat garang tetapi penyayang. Dia tak pernah biarkan anak dia lapar. Tiap-tiap hari ada sahaja yang hendak dia belikan kami makanan. Pagi, tengahari, petang, malam. Mulut duk mengunyah. Tetapi, kami semua tak ada masalah berat badan. Even sekarang berat badan aku 37 kg. adik-adik aku yang lain hanya 39 dan 40 kg sahaja. Mungkin metabolisma tinggi kata orang.

   Mak pernah cakap, dulu arwah ayah selalu bagi makan kat kitaorang masa kecik-kecik ikut mulut. tahu tak macammana? Arwah ayah kunyah dulu makanan dalam mulut dia, kemudian, kami semua ibarat zombi kelaparan pergilah kat dia. Arwah ayah pun cakap "Lapar ye. nah makan makan" sambil keluarkan makanan dari mulut dia. dan itu tidak jijik. tetapi kasih sayang. Terima Kasih ayah.

Masa kakak (aku gelarkan diri aku kakak) Form 5, ayah selalu hantar dan ambil kakak. Kakak selalu tak puas hati dengan ayah. Kadang-kadang kakak ni memang kerja menyakitkan hati ayah. Masa ayah nak balik kelantan, kakak tak salam ayah pun. Bukan apa, sebab selalunya ayah pergi dan balik elok-elok sahaja. Tetapi pada 25/10/2015 pada pukul 3 macamtu, Allah lebih sayangkan ayah. Allah ambil ayah balik ke sisinya.

Arwah ayah terlibat kemalangan dengan lori. Menurut kawan-kawan terdekat aku, ada ayah mereka menerima gambar arwah ayah sekali dengan motor tanya arwah ayah dari kumpulan motor mana. Maklumlah, biasanya orang yang ada superbike ni ada kumpulan. Tapi arwah ayah tak. Dia beli motor saja-saja. Suka-suka. Dia teringin nak motor besar. Dulu adalah motor besar tapi dia jual sebab nak buat hantaran kat Mak. nak bernikah punya pasal. Arwah ayah dulu bukan orang senang. Tetapi sekarang, Alhamdulillah. Semua yang kami ada, rasanya lebih dari cukup.

Kehilangan ayah seminggu sebelum SPM benar-benar mengejutkan aku. Even adik-adik aku pun kata, dulu dia berani, tapi lepas ayah meninggal, dia kata semangat dia seolah-olah pergi dengan ayah. Dia jadi takut. Dan aku sendiri akui. Kehidupan kini sangat berbeza tanpa seorang ayah.

Tapi mak cekal. Nawwarah dan Natasha kini tinggal di Kelantan dengan atuk dan dijaga oleh Mak saudara. Kini di Perak. Hanya ada aku, adik aku yang last dan mak. Baju yang selalu arwah ayah guna untuk ke Masjid masih tergantung rapi di ruang tamu. Walaupun dia dah tak ada, tapi rasanya dia masih dekat dengan kita.

Pada tahun Lepas bulan 6, arwah ayah bawa kami bercuti ke Labuan sempena hari jadi Nawwarah. Natasha dapat sambut hari jadi. Maisara pun sama. Mak pun arwah ayah beli kek dan belanja makan. Tetapi aku? Aku hanya simpan mesej yang dia hantar pada 25/10/2013 iaitu "Selamat Hari Jadi Kakak" berserta dengan gambar kek.

Aku tak berkesempatan menerima ucapan Selamat hari Jadi daripada masa masa aku berumur 17. Kadang-kadang aku terfikir, adakah aku seorang anak yang derhaka maka Allah tidak mengizinkan arwah ayah untuk memberikan kata-kata terakhir untuk aku. Tetapi mak cakap "Arwah ayah, dah lama maafkan anak-anak dia. Dia dah redha dengan anak-anak dia. Dan kamu semua sebagai seorang anak. Ayah dah tak ada apa-apa sekarang. Ayah hanya harapkan doa korang, sedekahkanlah Al-Fatihah, Yasin dan rajin-rajinkanlah baca Al-Quran. Banyakkan bersedekah. Apa yang arwah ayah bawa ke kubur hanyalah amal ibadah, sedekah, ilmu yang diajar dan juga anak yang soleh"

Sekarang waktu hampir menginjak pukul 1. Aku pun ada latihan motor esok. Sekarang aku sedang dalam proses mengambil lesen "P" untuk kereta dan motor. Insya-Allah, bila ada masa, aku akan menceritakan saat-saat hari kebumi arwah ayah. Insya-Allah.

Pesan aku : Hargai orang tua korang. Sebenci-benci mana korang terhadap mereka, tak minta banyak, tapi ingatla akan kebaikan yang mereka buat. Mana ada ibu bapa yang tidak sayangkan anak mereka. Jangan membuat sesuatu yang membuatkan anda menyesal seumur hidup anda.

AYAH! Tunggulah kami keluargamu di Pintu syurga. Ayah sudahpun meninggalkan dunia ini. Kakak rindu ayah. sangat sangat. :'( kakak tak pernah benci ayah sikit pun. Kakak bangga ada ayah macam ayah. Kakak rindu senyuman ayah. kakak rindu usikan ayah. Kami semua redha dengan pemergiaan ayah. Ayah tenanglah. Please wait for us. We will always love you.
Esok ada hari lagi. Kalau boleh datang lah lagi

0 comments :

Post a Comment